Soalan Lazim (FAQ)

Rujuk Soalan Lazim

Kami Jawab Soalan Anda

Tiada tarikh luput untuk Sijil Pengendali Makanan, sijil sah seumur hidup.

Berdasarkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009, SEMUA yang terlibat dalam pengendalian makanan secara langsung atau tidak langsung perlu hadir ke Kursus Pengendalian Makanan dan mengambil suntikan Antityphoid

Tujuan program Kursus Pengendali Makanan atau Food Handler Training  ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan kepada pengguna. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) juga memperkenalkan kursus ini bagi memastikan sistem penghasilan dan penjualan makanan di Malaysia adalah terkawal dan teratur bagi mengawal dan mengelakkan berlakunya wabak dan jangkitan bawaan makanan yang boleh merisikokan kesihatan pengguna.

Kursus ini terbuka kepada semua warga tempatan dan asing di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kursus ini sesuai untuk berkaitan dengan pengendalian makanan seperti pemilik atau pekerja di restoran, hotel, kedai runcit, kilang pemprosesan, kilang pengusaha, penjaja makanan, peniaga bazar/pasar malam, katering, pusat jagaan kanak-kanak, dan sebagainya.

Akta Makanan 1983 & Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 memperuntukkan DENDA tidak melebihi RM10,000 atau PENJARA tidak melebihi 2 TAHUN jika tidak menjalani latihan kursus atau tidak memiliki SIJIL PENGENDALI MAKANAN.

Boleh, sijil tersebut boleh digunakan selagi anda berada di dalam Malaysia. Sijil diiktiraf seluruh Malaysia.

Anda boleh membuat pembayaran melalui fpx online banking/credit or debit card melalui website kami ini. 

RM 50 seorang. Ini adalah harga kawalan oleh kerajaan Malaysia

Kursus ini secara online atau on-site. Pembelajaran secara norma baru secara online ini merupakan langkah untuk mengawal penularan wabak Covid-19.

Kursus ini hanya mengambil masa selama tiga jam. Setiap peserta perlu bersedia awal 15 minit sebelum kursus bermula.

Kursus Online menggunakan aplikasi Zoom. Aplikasi ini boleh dimuat turunkan secara percuma di PlayStore (pengguna Android) atau AppleStore (pengguna iPhone)

Menurut arahan KKM, satu peranti (komputer/komputer riba/telefon bimbit hanya boleh digunakan oleh satu orang peserta sahaja.

Sijil Softcopy PDF akan dikeluarkan dalam tempoh 24-48 jam selepas tamat kelas.

Sijil original akan dipos ke alamat peserta. 

Boleh. Sila hubungi kami ditalian yang tertera dalam laman web.

Ya! Saya nak daftar kursus sekarang!

Daftar kursus dan dapatkan sijil anda. Jangan risau kami bantu anda dari proses daftar sehingga anda terima sijil.